Pembangunan Westland Lynx

Sebagai sebahagian perjanjian helikopter Inggeris-Perancis yang ditandatangani pada Februari 1967, syarikat Perancis AĆ©rospatiale diberikan bahagian kerja dalam program pengilangan.

Apabila dipandu oleh Roy Moxam pada 1972, ia memecah rekod 15 dan 25 km dengan terbang pada kelajuan 321.74 km/j. Ia turut membuat rekod litar tertutup baru 100 km tidak lama kemudian, terbang pada kelajuan 318.504 km/j. Pada 1986, sebuah Lynx diubah suai khas dengan kipas BERP (British Experimental Rotor Programme), didaftar sebagai G-LYNX dan dipandu oleh John Egginton membuat rekod kelajuan mutlak bagi helikopter pada litar 15 dan 25 km dengan kelajuan sehingga 400.87 km/j (249.09 bsj)[1]. Lynx merupakan helikopter lincah, mampu membuat bulatan dan pusingan (loops and rolls).

Tentera British memesan 100 Lynx AH (Army Helicopter) Mk.1 bagi pelbagai peranan, termasuk pengangkutan taktikal, pengiring bersenjata, pertempuran anti-kereta kebal (dengan lapan peluru berpandu TOW), pengintipan dan pengunduran. Tentera British telah melengkapi sistem Marconi Elliot AFCS pada Lynx bagi penstabilan automatik pada tiga paksi.